Menu

No.3, Jalan 31/10A, Kawasan Perindustrian IKS, Taman Batu Muda, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur. 03-61920600 info@picoms.edu.my

 

      Majlis Konvokesyen merupakan majlis rasmi Penganugerahan Diploma dan Sijil PICOMS. Para graduan dan tetamu jemputan adalah dikehendaki berpakaian mengikut kod etika pemakaian dan penampilan yang telah ditetapkan seperti di bawah.

 

      GRADUAN LELAKI

  • KEMEJA (lengan panjang/pendek)
  • TALI LEHER
  • Seluar Slack - berwarna GELAP
  • WAJIB berkasut kulit bertutup dan berwarna gelap berserta stokin
  • Berambut pendek, tidak diwarnakan dan kemas
  • Tidak dibenarkan memakai songkok

 

      GRADUAN PEREMPUAN

  • BERBAJU KURUNG/PAKAIAN KEBANGSAAN; tidak mendedahkan aurat dan tidak terlampau ketat
  • BERTUDUNG bagi pelajar muslim
  • WAJIB berkasut kulit bertutup dan berwarna GELAP
  • Solekan dan pemakaian barang kemas tidak keterlaluan

 

      TETAMU JEMPUTAN

  • PAKAIAN KEBANGSAAN atau
  • BATIK atau
  • PAKAIAN SOPAN

      * Pakaian menjolok mata, ketat, jeans, selipar dan lain-lain penampilan kurang sesuai TIDAK AKAN DIBENARKAN semasa majlis.